Kempen Hidup Bebas Tanpa Rokok

       Berapa banyak dah iklan tentang " Berhenti Merokok " selalu kita lihat di dalam Televisyen , Internet ,Akhbar , Majalah , Papan Tanda dan sebagainya.Rasanya setiap tahun adakan?Tetapi berapa banyakkah yang berjaya dalam melawan nafsu inikan?Tidak ramai yang berjaya.Malah jumlah perokok makin bertambah sejajar dengan pertambahan penduduk dunia hari ini.
       Erm,bukan senang nak tinggalkan tabiat merokokkan?Tambah-tambah mereka yang telah  mempratikannya sejak berumur belasan tahun lagi.Sama ada ingin mencuba , terpengaruh dengan rakan sebaya mahupun lakonan aktor - aktor kesayangan kita dalam aksi-aksi mereka sedang "feel"menghisap rokok.Siapalah tahukan?Jadi,kita sebagai orang awam sudah tentu menyokong kempen - kempen yang telah dijalankan oleh pihak yang prihatin terhadap masalah ketagihan merokok seperti GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK).Semoga dengan kesungguhan pihak terbabit sedikit sebanyak mengurangkan jumlah perokok tegar di negara kita ini!

Kempen Hidup Bebas Tanpa Rokok



Seramai 13 daripada 15 peserta Cabaran Berhenti Merokok, anjuran GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK), berjaya mencapai matlamat mereka. Manakala dua peserta lain mampu mengurangkan pengambilan rokok kepada dua batang sehari dan dua batang seminggu.

Ketua Pemasaran Terapi Gantian Nikotin (NRT) Malaysia dan Singapura, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, Victor Cheong menyatakan rasa bangga kerana kebanyakan peserta berjaya berhenti merokok.
“Ini menunjukkan bahawa ramai rakyat di negara ini berminat untuk berhenti merokok, setelah menyedari kaedah yang komprehensif untuk berhenti.

“Kami berharap program tersebut membantu lebih banyak perokok tahun depan, dengan menjadikan peserta tahun ini sebagai duta untuk Cabaran Berhenti Merokok,” katanya.

Pada majlis penutup, sijil penyertaan dan hadiah untuk yang terbaik suka blog post mingguan telah disampaikan kepada peserta. Acara ini turut dihadiri keluarga dan rakan mereka, di samping wakil GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd dan agensi yang menganjurkan Cabaran Berhenti Merokok.

Dalam sesi perkongsian pengalaman peserta, Mark Khor, 31, berkata, sebelum ini dia gagal beberapa kali dalam cubaan untuk berhenti merokok. Tetapi program kombinasi yang komprehensif kaunseling oleh Certified Smoking Cessation Service Providers (CSCSPs) dan Terapi Penggantian Nikotin akhirnya menutup sejarah dirinya sebagai perokok sejak lapan tahun lalu.

Chandrakant Gokalbhai, 48, berkata, “saya hidup bersama rokok hampir 30 tahun. Selepas berjaya melepasi ujian tersebut, saya mendapat reaksi positif daripada orang sekeliling yang mengatakan saya nampak lebih muda dan bertenaga. Sebelum ini, saya mengambil dua hingga tiga kotak rokok sehari sebelum berhenti merokok sepenuhnya.”

Cheong berkata, kini peserta perlu hadapi cabaran seterusnya iaitu mengelakkan daripada kembali merokok dan mengekalkan gaya hidup sihat.

“Mereka boleh merujuk kepada pihak CSCSP yang sentiasa sudi membantu. Dengan penampilan peserta yang lebih sihat, maka pihak kami merancang untuk mengadakan acara sukan bersama pada masa akan datang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian