Banjir Oh Banjir...

Di negeri Pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan , Terengganu ,Pahang dan timur negeri Johor sentiasa terdedah kepada Angin Monsun Timur laut yang bermula bulan November hingga Mac yang akan membawa hujan yang lebat dan angin kencang yang boleh mengakibatkan berlakunya banjir.
Sekarang ini , air sungai Kelantan dilaporkan mula bertambah besar dan dijangka akan berlaku gelombang Banjir buat kali kedua di negeri ini.Ia berpunca daripada hujan lebat dan angin kencang yang berlaku sehari dua lepas.


Kawasan rendah sekitar Bandar Kota Bharu mula dinaiki air seperti kg.Tingkat,Kg.Banggol dan beberapa kampung lagi di sepanjangan Jalan Pancai Cahaya Bulan termasuk kampungku Kundur Island turut dinaiki air banjir.


Bermain banjir amat menyeronokkan tapi AWAS!!!Banjir mungkin mengundang musibah yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa.Jadi kepada ibubapa sentiasalah mengawasi pergerakkan anak anda di musim tengkujuh ini.


Di negeri Kelantan,bila berlakunya banjir pasti akan ada kematian kerana sikap penduduk negeri ini yang menganggap banjir adalah suatu pesta.Tak salah untuk menjadikan banjir suatu pesta kerana banjir bukanya selalu berlaku tetapi sentiasalah mengutamakan keselamatan nyawa anda sendiri kerana nyawa tidak boleh jual beli.





Di musim tengkujuh ini , orang ramai diingatkan supaya sentasa berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa keadaan banjir.Jika banjir dilaporkan bertambah buruk dan diarahkan oleh pihak berkuasa untuk berpindah,kita hendaklah akur dengan arahan pihak berkuasa kerana nyawa lebih berharga daripada harta benda yang kita ada.Sebelum berpindah ke kawasan penempatan mangsa banjir , kita hendaklah menbawa sekali dokumen - dokumen berharga seperti dokumen pengenalan diri dan dokumen – dokumen lain yang difikirkan berharga.



Semoga dengan keperihatian kita ini dapatlah kita mengurangkan kadar kematian akibat bencana banjir ini kerana kebanyakkan mangsa kematian akibat banjir adalah kanak – kanak dan remaja.Kehilangan mereka merugikan negara kita sendiri kerana merekalah modal insane dan pewaris negara kita kelak.
Fikir – fikirkanlah…